Wednesday, January 26, 2011

Pasangan sehati sejiwa

Kemesraan dari segi emosi difahami juga sebagai hubungan sehati sejiwa(soulmate connection). Ianya merupakan satu hubungan kasih yang mendalam antara suami isteri. Pasangan yang diRahmati Allah SWT dengan kesefahaman begini dianugerahkan dengan sejenis hubungan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.
Dari segi komunikasi, kedua suami isteri sudah boleh menyuarakan dengan ikhlas dan terus-terang mengenai apa jua pun. Dalam keadaan masing-masing saling menjaga hati pasangannya, disamping mudah untuk menyuarakan isihati tanpa merasa tekanan atau merasa malu jika sekiranya diperlecehkan, pasangan sudah berada ditahap hubungan dimana kehendak masing-masing telah dapat diterima sebaiknya. Suamiisteri telah dapat merasa bebas untuk menjadi dirinya yang sebenar kerana telah saling menerima keadaan masing-masing!
Malah, pada tahap ini, tanpa suami menyuarakan isihati dan fikiran, kekadang isteri dapat 'membaca' hati suami yang inginkan sejenis masakan dsb. Seperti ada hubungan telepati antara suami isteri yang telah sehati dan sejiwa ini.
Sifat saling prihatin akan hal keadaan pasangan, kejujuran dan bersikap terbuka dengan kelemahan pasangan dan saling mudah memaafkan adalah ciri-ciri kasihsayang yang tulen antara suamiisteri. Komitmen yang sedia ada dalam diri suami dan juga isteri yang menginginkan kebahagaiaan buat pasangannya yang tercinta boleh sampai ke tahap di mana kebahagiaan buat dirinya hanyalah bila pasangannya bahagia!
'Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.' [Ar Ruum : 21]

Tuesday, January 25, 2011

Secebis Ingatan Buat Adam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini... - www.iluvislam.com

Isteri Luar Biasa

Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan  perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.

Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.

02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah  dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan  berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.

03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika  belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang  berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.

Info Penulis

Penulis merupakan kaunselor berdaftar di sebuah agensi kerajaan di Negeri Sarawak. Terlibat secara aktif dalam bidang kaunseling, terutamanya kaunseling perkahwinan.
Artikel iluvislam.com

Saiz Perut Bayi

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.
Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).
Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.
Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 - 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?
Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.
Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.
Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu...
- Artikel iluvislam.com

Pesanan Utk Suami&Isteri-Usahlah Bergaduh

Kali ini kami ingin kongsikan sedikit pesanan buat pasangan suami isteri, terutamanya yang baru berumahtangga. Tentunya, tazkirah ini juga buat kami yang tidak terlepas dari ujian. Perbezaan pendapat, juga kelainan sikap boleh membawa perselisihan dan kadang-kadang melarat menjadi satu pergaduhan berpanjangan, dalam rumah tangga. Ini tentunya tidak sesuai dalam rangka kita untuk membina suasana yang damai buat anak-anak.
Persekitaran yang damai, harmoni dan bahagia memberikan pengaruh besar kepada pendidikan anak-anak. Jika ibu bapa hidup dengan limpah kasih sayang, dan dihiasi kuntuman senyum mesra dan gelak ketawa, nescaya si anak akan terbiasa dengan bayu keharmonian dan kedamaian. Kasih bapa pada ibu dan kasih ibu pada bapa menjadi model penting kepada anak untuk menjadikan nilai kasih sayang sebagai pendorong dalam pembinaan jati diri positif.
Sebaliknya jika suami isteri bercakaran dan rumah tangga berantakan, si anak akan termanggu-manggu kebingunan, sedih, kecewa, bosan dan memberontak. Rasa sayang pada ibu akan menjadi semakin luntur dan layu. Rasa hormat pada ayah pula menjadi hilang. Rumah bagaikan medan perang yang bukannya mencederakan fizikal tetapi melukakan hati dan perasaan. Akhirnya pendidikan anak ini makin terabai dan terganggu.
Konflik Rumah Tangga
Kata pepatah: sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.
Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.
Namun, mencari siapa yang bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dan mengurus 'lidah yang tergigit' ini. Jika lidah yang digigit, penyelesaiannya bukan dengan mencabut gigi, atau memotong lidah. Demikian juga dalam situasi hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, bertimbang rasa, sabar, dan tenang dalam menghadapi konflik rumah tangga.
Tambahkan ilmu, dapatkan bimbingan, dan rujuk lah masalah yang timbul kepada mereka yang berpengalaman dan punya hikmah. Munajatlah kepada Allah agar, Dia membuka jalan ketenangan dan keharmonian dalam berumah tangga. Fikirkan soal jangka panjang sebelum sesuatu keputusan drastik di ambil, agar anak-anak tidak menjadi mangsa pertembungan suami isteri.
Anak Menjadi Mangsa
Anak ibarat seekor pelanduk yang terhimpit akibat dua ekor gajah bertempur. Yang 'berperang' ialah ibu dan bapa, namun korban perang adalah anak-anak. Kerap kali kita dengar kisah anak-anak yang dahagakan ketenangan dan kasih sayang akibat konflik rumah tangga.
Tidak sedikit anak-anak hari ini yang kantung jiwanya kosong, terbiar dan tanpa kasih akibat ibu dan bapa kerap berselisih faham. Mereka bukannya tidak berayah, atau beribu. Kedua-duanya masih ada. Namun kewujudan mereka tidak membawa sinar kebahagiaan, bahkan menawarkan dunia huru hara dan pertengkaran.
Watak-watak garang, marah, bengis, dan degil yang ditonjolkan oleh ibu dan bapa akan tercetak pada kotak fikiran anak-anak. Adegan-adegan pertengkaran, merajuk, tengking-menengking, pukul-memukul, marah-marah, serta berleter-leter yang dipaparkan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan tanpa sedar oleh anak-anak.
Bahkan elemen-elemnen negatif seperti mengumpat, memburuk-burukkan, menipu dan sebagainya akan terus mewarnai segenap penjuru rumah yang punya krisis rumah tangga. Anak-anak pula, bukan sekadar menjadi penonton setia, bahkan apa yang dilihat, didengar dan didedahkan itu akan menyelinap dalam akal serta sanubari mereka.
Maka, usahlah bergaduh. Utamakan penyelesaian bukan kemenangan. Jika kemenangan yang dicari, hanya kehancuran yang diperolehi.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Beza Anak lelaki Dan Anak Perempuan

Soalan : Assalamualaikum Puan Jamilah. Saya mempunyai sepasang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan, akan masuk Darjah Satu tahun ini. Masalah saya ialah anak perempuan saya sejak di tadika lagi jauh mendahului abang kembarnya dari segi prestasi sekolah. Dia cepat pandai membaca, mengira dan sebagainya berbanding abang kembarnya yang malas membaca dan jauh lebih suka menghabiskan masa bermain terutama di padang permainan. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku sedangkan mereka sebaya, sekelas dan diajar oleh guru yang sama.
Jawapan :
Waalaikumsalam.  Secara amnya, pakar pskologi berpendapat memang terdapat perbezaan di antara anak lelaki dan perempuan. Walaupun kedua-dua anak lelaki dan perempuan mengalami proses pembesaran, mereka mengalaminya pada masa yang berbeza dan tidak semestinya pada usia yang sama.
Sebaya Tetapi Tidak Sama
Kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa perkara, anak perempuan membesar lebih cepat daripada anak lelaki, manakala dalam perkara-perkara lain, anak lelaki pula membesar lebih cepat berbanding anak perempuan. Contohnya, semasa kecil, anak perempuan mempunyai daya pendengaran yang lebih kuat manakala anak lelaki pula mempunyai daya penglihatan yang lebih kuat. Tetapi ini hanyalah satu kecenderungan dan tidak semestinya dialami oleh setiap anak lelaki dan perempuan.  Begitu juga kebolehan membaca, menulis dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini disebabkan cara otak anak perempuan dan anak lelaki itu berkembang. Namun setiap anak membesar mengikut rentak atau blue print nya sendiri. Tiada pelan mutlak untuk peringkat pembesaran anak lelaki mahupun anak perempuan.
Anak Lelaki Kurang Bijak?
Di Malaysia, terdapat kecenderungan di kalangan sesetengah ibu bapa dan tenaga pengajar yang mengatakan anak lelaki kurang bijak berbanding anak perempuan.
Perlu diingat, murid lelaki biasanya memerlukan suasana pembelajaran yang lebih interaktif. Mereka merasa resah dan gelisah serta sukar menerima apa yang diajar sekiranya terpaksa berdiam diri dan hanya mendengar apa yang diajar guru. Sukar bagi seorang anak lelaki untuk belajar jika cara penyampaian membosankan.  Apa yang mahu saya tekankan di sini ialah, kaedah pembelajaran yang boleh menarik minat anak lelaki tidak semestinya sama dengan anak perempuan.
Pun begitu, kajian menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di dalam apa yang boleh dipelajari oleh anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya sama mampu mencapai apa yang mereka impikan asalkan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.
Berikan Tumpuan Seimbang
Berikan perhatian kepada anak lelaki sama seperti yang diberikan kepada anak perempuan.  Galakkan dia bercerita tentang dirinya, kawan-kawannya dan saat-saat gembiranya setiap hari. Kenal pasti aktiviti yang diminatinya. Sekiranya dia gemar melakukan uji kaji sains contohnya, belilah barang-barang yang diperlukan agar dia boleh melakukan uji kaji itu sendiri. Secara amnya, anak lelaki gemar melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tangan. Mereka suka membina dan memotong bahan-bahan dan melihat sendiri hasil kerja tangan mereka terbentuk. Paling penting, lakukanlah aktiviti-aktiviti ini bersamanya.
Anak Lelaki dan Minat Membaca
Yang saya maksudkan dengan 'membaca' ialah: Memupuk tabiat suka membaca selain daripada buku sekolah. Ini kerana, apa yang ditemui dalam buku-buku sekolah amat terhad dari segi kandungannya.
Beberapa idea yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak lelaki membaca:
  • Wujudkan suasana rumah yang mesra pembaca. Sediakan ruang membaca. Letakkan lebih banyak rak buku dan majalah di rumah. Pergilah membeli-belah buku bersama-sama dengan anak lelaki anda. Pekalah dengan pesta-pesta buku.Perkenalkan dia kepada apa jua buku-buku yang terdapat di luar sana, sesuai dengan umurnya.
  • Membaca di hadapannya. Anak lelaki perlu melihat ibu bapa mereka juga membaca. Ceritakan apa yang menarik di dalam buku atau majalah yang dibaca.
  • Bacakan buku untuknya. Setiap hari, luangkan masa untuk membaca buku kepada anak anda. Minta dia pilih buku ceritanya sendiri. Sesetengah ibu bapa suka membaca untuk anak kecil tetapi berhenti berbuat demikian apabila anak tersebut melangkah ke alam persekolahan. Alasan yang diberikan ialah kerana anak itu sudah pandai membaca sendiri. Sebenarnya saat-saat apabila seorang ibu atau bapa membacakan sesebuah buku cerita adalah sangat istimewa bagi seseorang anak itu. Bacalah dengan intonasi yang menarik, mengikut jalan cerita, bukan setakat untuk melepaskan batuk di tangga. Anak bongsu saya sudah berusia 12 tahun tetapi sehingga hari ini saya masih membaca novel kegemarannya untuknya apabila diminta!
  • Jangan paksa anak lelaki membaca sesuatu yang tidak diminatinya. Seboleh-bolehnya, bantu anak lelaki untuk memilih sendiri buku-buku kegemarannya. Jadikan pengalaman membaca sesuatu yang menyeronokkan.
Anak Lelaki Dan Testosteron
Mengenai kecenderungan anak lelaki untuk bermain di luar: Anak lelaki mengalami kitaran testosteron yang boleh menyebabkan perubahan-perubahan ketara pada umur tertentu. Pada usia empat tahun, mereka aktif dan berkelakuan kebudak-budakan. Pada usia lebih kurang 13 tahun, mereka melalui pembesaran yang cepat dan adakalanya berasa sukar untuk menyesuaikan diri. Pada usia 14 tahun, mereka akan mula mencuba perkara-perkara baru dan melangkah ke alam kedewasaan. Setiap anak lelaki unik, tetapi testosteron lah yang bertanggungjawab di atas pembesaran mereka dan membuatkan mereka aktif. Testosteron ialah hormon yang memberikan seseorang anak lelaki ledakan tenaga yang tinggi dan membuatkan dia terangsang untuk aktif bermain di luar. Ini suatu perkembangan yang sihat dan perlu difahami dan disokong oleh setiap ibu bapa.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Jamilah Samian seorang Certified Professional Trainer (CPT) dan aktif dalam Toastmasters International. Beliau berkelulusan Ijazah Psikologi dari Upper Iowa University (USA), Ijazah Sains Komputer dan Matematik dari Indiana State University (USA) dan Diploma Penulisan dari London School of Journalism (UK). Beliau adalah penulis buku "Cool Mum Super Dad" dan "Cool Boys Super Sons." Sebuah ungkapan yang paling beliau gemari adalah "I believe in the amazing human capacity to change for the better."

Apakah Pendidikkan Yg Paling Utama Utk Anak2

Nak didik apa dulu. ABC ke, 123 ke atau apa? Inilah antara persoalan yang dilontarkan kepada kami. Melalui catatan ringkas ini kami cuba mengulas tentang pendidikan yang pertama dan utama serta beberapa persepsi yang menyebabkan manusia muslim kadang-kadang alpa memberikan perhatian tentangnya.
Rakan-rakan sekalian, sebenarnya perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.
Iman adalah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhlukNya yang bernama manusia. Iman adalah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan, bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Iman jugalah yang menjadi satu-satunya pokok persoalan dalam menetapkan nasib berkekalan buat setiap sekujur tubuh manusia di akhirat nanti.
Jika murni jiwanya dengan iman, maka dia layak menghuni syurga buat selama-lamanya. Jika kosong hatinya dari nur iman, maka dia akan terperosok dalam lubang neraka sampai bila-bila.
Wajah putih bersih anak-anak kecil menggambarkan betapa luhurnya naluri keinsanan yang ada padanya. Sebagaimana sabda Junjungan SAW, setiap bayi yang lahir itu suci seumpama kain putih. Tiada sebarang cacat dan calit. Maka, para ibu bapa, penjaga dan pendidiknyalah yang akan menentukan warna kain yang putih itu. Putih bersih itu adalah ibarat kepada fitrah yang berpaksikan kemurnian iman.
Sejak dari awal lagi, manusia bermula dengan beriman sebagai sebahagian dari fitrahnya. Fitrah yang terbina melalui janji datuk sekalian manusia iaitu Adam a.s yang menzahirkan imannya di hadapan Allah. Juga fitrah yang bertapak dari janji keimanan setiap roh manusia sewaktu mereka masih di alam roh lagi.
Maka, para ibu dan bapa selaku pendidik tidak perlu mencari apa-apa warna lain, atau membiarkan sesiapa mewarnakan anak-anaknya dengan warna yang lain. Biarlah iman terus melebar dan subur sebagai perisai dan pencuci dalam jiwa anak-anak bagi memastikan warna putih bersih itu sentiasa terjaga dari sebarang kotoran.
Oleh itu, pendidikan keimanan bermaksud memupuk jiwa dan perlakuan anak-anak agar meyakini dengan seteguhnya dasar-dasar aqidah, seterusnya menjelmakan keyakinan itu dalam bentuk ibadah dan akhlak yang luhur. Asas-asas keimanan meliputi keyakinan kepada Allah, Rasul, Malaikat, Akhirat, Kitab dan qadar qadar.
Pendidikan keimanan ini memerlukan pendedahan bijaksana dan ingatan berterusan lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan soal-soal ghaib. Soal ghaib bermaksud, perkara yang tidak dapat atau belum dapat dilihat, didengari atau dirasai oleh pancaindera manusia. Bagi memahamkan anak-anak dengan perkara ghaib ini, para ibu bapa tentunya perlu terlebih dahulu mempunyai keyakinan dan kefahaman yang jitu.
Mempupuk keimanan yang mantap ini harus bermula sejak dari kanak-kanak itu masih kecil. Ada di kalangan ibu bapa yang membiarkan anak-anak tidak memahami tauhid, dan mengharapkan agar perkara itu dipelajari bila mereka menjejak kaki ke sekolah kelak.
Ada yang memandang rendah kepada anak-anak dengan menyangka bahawa mereka terlalu muda untuk memahami soal aqidah ini. Tidak kurang juga yang tidak membuka mulut kepada anak-anak dalam soal akidah ini lantaran sikap tidak ambil pusing. Selain itu terdapat pula ibu bapa yang tidak menceritakan soal aqidah kerana mereka tidak mempunyai kebijaksanaan untuk menjelaskan persoalan ini menggunakan bahasa anak-anak dan pendekatan yang serasi dengan tahap daya fikir mereka.
Inilah salah tanggapan yang menyebabkan pendidikan iman ini diabaikan. Insyallah dalam catatan berikutkan kami akan cuba mengupas beberapa aspek keimanan yang perlu diserapkan kepada anak-anak.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Strategi Berhadapan Dgn Anak Yg Suka Bertanya

Soalan: Assalamualaikum Puan. Anak lelaki saya berusia empat tahun, baru masuk tadika. Masalah saya ialah dia sangat suka bertanya soalan. Saya sendiri agak pendiam dan sering terasa rimas dengan soalan-soalannya, lebih-lebih lagi jika saya tiada jawapannya. Apa pandangan puan?
Jawapan: Waalaikumsalam wbt. Sesetengah ibu-bapa kurang selesa jika anak mereka suka bertanya soalan. Mereka terasa tercabar, lebih-lebih lagi jika tidak mampu menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh si anak.
Pada pandangan saya, anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. Saya maksudkan di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.
Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap dan suka bertanya sejak kecil lagi.
Anak yang petah berbicara ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata dan pintar berfikir.
Bijak Memilih Kata-Kata
Lazimnya kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah olahan soalan dan ayatnya masih kurang teratur. Perhatikan perbualan antara Man (empat tahun) dan ibunya di bawah sewaktu dalam perjalanan balik dari tadika.
Contoh:
Man: (melihat ke langit) Ibu, cikgu kata awan tu air. Kenapa awan tak jatuh?
Ibu: Hmm ... menarik soalan tu. Ibu agak mungkin sebab awan terlalu ringan, jadi hanya terapung sahaja di angkasa.
Man: Betul ke ibu?
Ibu: (tersenyum) Ibu tak pasti sebenarnya. Sampai rumah nanti kita Google sama-sama, OK?
Perhatikan:
1) Ibu tidak malu mengaku dirinya tidak tahu
2) Ibu sengaja menyebut "terapung" dan "angkasa" – menambah perbendaharaan kata-kata anaknya sekaligus mengembangkan pemikiran si anak dan membimbingnya supaya bijak memilih kata-kata
3) Ibu tersenyum – tidak membidas atau meremehkan soalan yang diajukan anaknya
Pintar Berfikir
Sampai di rumah, ibu membantu Man membuat carian "why clouds float" ("mengapa awan terapung") menerusi Google dan menyambung diskusi.
Ibu: Man, kalau Man tuangkan air yang penuh dalam cawan, ke mana air tu tumpah?
Man: Ke tanah?
Ibu: Kenapa tidak tumpah ke atas? Kenapa air tu tak terapung di udara macam awan?
Man: Man tak tau ... (berfikir)
Ibu: Awan sebenarnya adalah titik-titik air yang sangat halus. Titik-titik air ini tersebar di angkasa. Bila dah tersebar, ia jadi ringan, udara di angkasa boleh tampung. Tak seperti air yang penuh dalam cawan.
Mungkin anda tertanya: Mampukah anak berusia empat tahun memahami diskusi seperti ini?
Jawapannya: Boleh, jika anak tersebut sudah dibiasakan dilayan begini. Jika tidak 100%, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Apa yang dilakukan oleh ibu di atas ialah melatih anaknya berfikir secara kritikal.

Bercakap Santapan Minda
Bandingkan gaya interaksi di atas dengan yang berikut:
Man: (melihat ke langit) Ibu, kenapa awan tak jatuh?
Ibu: (acuh tak acuh) Mana ibu tahu. Tanya cikgu kat sekolah!
Interaksi kedua terbantut di situ sahaja kerana ibu langsung tidak menunjukkan minat terhadap soalan Man.
Kualiti pemikiran anak-anak sebahagian besar bergantung kepada kesediaan dan kesabaran ibu bapa melayani sifat ingin tahu yang membara dalam jiwa setiap anak.
Si anak meningkat keyakinan dirinya bila ibu bapa berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk soalan-soalan yang ditanyakan. Tidak seperti anak yang soalan-soalannya tidak diendahkan, merasa dirinya kurang pintar dan tidak layak diberi jawapan.
Setiap soalan yang diajukan anak kecil membuka peluang keemasan untuk ibu bapa mengembang dan menajamkan mindanya. Setiap interaksi antara ibu bapa dan anak adalah santapan minda untuk anak tersebut.
Internet Dan Pengaruhnya
Gaya hidup Internet merobah segalanya. Ledakan informasi bermakna anak anda dihujani dengan maklumat yang seringkali kurang tepat dan mengelirukan. Paling serius jika ia membabitkan aqidah dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip Islam. Pun begitu, Internet boleh menjadi sumber maklumat dan rujukan paling berharga jika anak anda tahu cara menggunakannya. Point saya di sini ialah, anak-anak yang tidak diendahkan soalan-soalannya kurang mahir berfikir secara kritikal dan lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif di luar sana.
Mustahil ibubapa boleh menjawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan anak-anak. Yang perlu dibuat ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa jua maklumat yang diterima.
Segelintir ibu bapa pula berpendapat bahawa tugas menjawab soalan anak-anak harus dipikul oleh guru. Hari ini, sistem sekolah amat menitikberatkan peperiksaan. Sekolah tidak menggalakkan anak-anak bercakap mahupun bertanya soalan kerana ianya dilihat sebagai mengganggu kelancaran guru mengajar.
Sistem sekolah yang "exam-oriented" sebegini sebenarnya bercanggah dengan naluri ingin tahu setiap kanak-kanak. Ini salah satu sebab ramai anak-anak yang hilang minat belajar di sekolah. Kepintaran anak-anak diukur berdasarkan pencapaian akademik.
Guru wajib menghabiskan silibus yang ditetapkan. Ditambah pula dengan pelbagai isu disiplin yang meningkatkan tahap tekanan guru, tidak hairanlah jika guru kesuntukan masa dan jarang sekali berpeluang melayani sifat ingin tahu kanak-kanak.
Ini bermakna, jika anda impikan anak yang pintar berfikir dan petah berbicara, andalah yang perlu bersikap proaktif dan membimbingnya tanpa jemu! Setiap soalan yang sarat dengan "mengapa", "kenapa", dan "bagaimana" yang terpacul dari mulut anak anda seharusnya diraikan dan diberikan respons sebaik yang anda termampu.

Biodata Kolumnis

Jamilah Samian merupakan seorang Certified Professional Trainer (CPT) dan aktif dalam Toastmasters International. Beliau berkelulusan Ijazah Psikologi dari Upper Iowa University (USA), Ijazah Sains Komputer dan Matematik dari Indiana State University (USA) dan Diploma Penulisan dari London School of Journalism (UK). Beliau juga merupakan penulis buku "Cool Mum Super Dad" dan "Cool Boys Super Sons." Anda boleh ajukan soalan-soalan anda kepada penulis di jamilah.samian@gmail.com

Manfaat Dari Musibah

"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.
"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.
Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.
Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.
Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.
Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.
Ketiganya, penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.
Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."
Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.
Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).

8 Pembohongan Ibu Kepadaku(Bacalah)

 (Kisah ini dikongsi oleh seseorang di www.iluvislam.com
 menitis airmata sy selepas mmbaca kisah ni..begitu besar pengorbanan seorg ibu terhdp anak2nya)

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Monday, January 24, 2011

Kuasa Ibu..Isteri..Suami..

Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai
Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak - anak2 cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU, kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahir kan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya.

P/S: semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri..agar diberkati oleh-Nya..

Suami Boroi tanda bahgia??

SUAMI BOROI TANDA BAHGIA??????

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan
kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap
masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan
rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah.
Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa
dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur,
tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.

Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan
merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan
makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.. Berbanding wanita. Wanita
yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak
setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat
memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar
mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan
alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.
Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami
memakannya, isteri akan merasa cukup puas.

Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak
mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.
Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain
boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan
yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis
kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi
kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka
bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan
ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan
hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih
tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya
sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang卬amun
itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami
boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan
berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak
untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu
mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami,
melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan
penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang
sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian
kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami
semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka
yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang
usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang
bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi,
botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh
perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat
yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala
hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami
mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan
pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil
dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul
tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari
sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air …. isteri yang mengalir
masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan
perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka
buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini
juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan
besar berbanding lelaki bujang.
Namun jika aktiviti seks
tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang
pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula
akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku
kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda
ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama
pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah
berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya
mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku
hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan
khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut
ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga
akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan
diserap kedalam tubuh isteri.. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga
dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang
lebih gebu dan lembab.
Dalam Islam juga tempoh edah itu
diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri
untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang
terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku
percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus
melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada
juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada
rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di
dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan
membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau
yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan
selalu tertekan.
Kembali kepada persoalan anda, jadi
kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup
berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel
berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit
tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar
untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu
yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat
sekeluarga.

5 Petua Lahir Anak Soleh

5 PETUA LAHIR ANAK SOLEH

Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:
“(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah
itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah.
Itulah agama yang
benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi
Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang
menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci
bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu
bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.

1- Perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT
agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali
meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

2- Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38
surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan,
innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku
dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin
zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku
Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”


3- Suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar.
Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak
harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.


4- Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila
ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar
dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan
suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang
bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan
rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki)
isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
(Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan
(rahmah)…”

5- Banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak
semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam.
Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga
apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan
al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

Antara 9 Siti Yang patut kita contohi

Antara 9 Siti yang patut dicontohi
....

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh
org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira’. Hebatnya isteri baginda. Harap2 isteri
saya mengharapkan peribadi seperti isteri baginda. amiinn.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan
Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn
cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

RAHSIA 13

Rahsia 13 by Azarudin Bocheh


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam
kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang
Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar
& Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas
adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan
juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka
yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Petua Kecantikkan

~Petua kecantikkan~supaya sentiasa cantik dan berseri2.....;)

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta
Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah
kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan
air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.

Marah.Sabar,Redha dan Syukur..mana pilihan kita??

Marah, Sabar, Redha dan Syukur..mana pilihan kita?
by Ustaz Hashim Al-Maranji

Boleh
jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah : 216). Ayat
ini memiliki makna tentang indahnya keredhaan.
Makna redha dengan
pemberian atau ujian yang telah Allah tetapkan kepada kita merupakan
kunci kejayaan dalam meraih kebahagiaan. Sesungguhnya keredhaan itu
memiliki buah yang melimpah berupa keimanan.
Orang yang redha dengan
ketetapan Allah akan terangkat ke tempat yang mulia. Hal itu
mempengaruhi keyakinannya menjadi mendalam dan memiliki akar yang kuat,
tertanam dalam hati.
Barangsiapa yang hatinya penuh dengan
redha terhadap ketetapanNya. Allah akan memenuhi hatinya dengan
kekayaan, rasa aman, serta qonaah, selanjutnya Allah menjadikan hatinya
penuh cinta, inabah, tawakal kepadaNya.
Bagi orang yang tidak memiliki
keredhaan terhadap ketetapan Allah, hatinya penuh dengan kebencian,
kemungkaran, dan kemarahan, dirinya sibuk dengan hal-hal yang sifatnya
menyalahkan Tuhan, menyalahkan diri dan mencari kesalahan pada orang
lain.
Sikapnya cenderung reaktif, sensitif terhadap apapun yang
membuatnya terjauh dari kebahagiaan dan keberuntungan.
Kesabaran,
keredhaan, kesyukuran akan mengosongkan hati dari berbagai keterikatan,
ketergantungan. Hati dibiarkan hanya untuk Allah. Sikap tidak menerima
terhadap qodo' atau ketetapan Allah akan menjauhkan isi hati dari segala
sesuatu hal yang bersangkutan dengan Allah.
Selalu mengeluh tidak mampu
merasakan kurnia yang Allah berikan kepadanya, di matanya hanyalah
rizki yang tidak pernah cukup, nasib yang tidak baik, musibah yang tak
pernah kunjung hilang, kesakitan yang disangkanya tiada ubat. Dirinya
merasa berhak untuk mendapatkan yang lebih dari semua itu.
Di matanya
apa yang menimpa dirinya adalah Allah yang telah memberikan nasib sial.
Allah dianggapnya yang bertanggungjawab atas penderitaan yang
dialaminya, sebab Allah yang selalu memberikan ujian, musibah, cubaan
dan bencana padanya.
Itulah sebabnya menjadi
penting untuk kita bersikap sabar, redha dan syukur menerima ketetapan
Allah sekalipun ketetapan Allah terkadang pahit rasanya. Keredhaan hati
menghilangkan kesedihan, menjauhkan dari bencana, mendapatkan kenikmatan
dan kurnia yang besar sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala. '
Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah.
mereka tidak ditimpa bencana dan mengikuti keredhaan Allah. Allah
mempunyai kurnia yang besar.' (QS. Ali Imran : 174).
Perhatikanlah
benar-benar yang Allah memberikan terlalu banyak nikmat kebaikan,
apakan wajar sedikit ujian kesakitan atau musibah menghilangkan rasa
sabar atau redha atau syukur kepada al-Khaliq yang memberikan nikmat
kita bergerak, makan, minum, oksigen dsbnya.
Nikmat mata tidak akan
dapat digantikan atau dibayar senilai dengan kesakitan yg kita alami
atau ujian menimpa untuk sementara walaupun berulangkali.
Renungkanlah
Rahman dan Rahim Allah sebelum mengeluh atau menyalahkan Yang Maha
Pencipta.
Katakan Tak Nak kepada hasutan syaitan!!!

9 sebab hati tidak bahgia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1.Pemarah- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.
2 . Pendendam- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar
di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk
membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4.Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak- orang yang tidak
puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum
tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi
ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat
ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya
tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau
kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu
“panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin
tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah
atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi
andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.Wallahualam”

Orang Asing VS Family Sendir

ORANG ASING VS FAMILY SENDIRI

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil berlalu pergi.

Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku.

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci"

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan berterabur".

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu.

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu"

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu.

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil.

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum,

"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu.

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala.

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu.

FAMILY:
Adakah
kita sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja
akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan
sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi
keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah kita makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA KITA"

Tersentuh
hati bila membaca kisah ini. Memang benar, sifat manusia itu. Kita akan
lebih menghargai benda yang hilang berbanding yang sentiasa di depan
mata.
Untuk diri ini, aku selalu berpesan ingatlah kisah seorang
guru,murid dan padang rumput. Serta sebuah kisah seorang pemuda dan bas.
Semoga apa yang berlalu dijadikan pengajaran dan yang mendatang ditempuhi dengan penuh kesabaran....

Kata_kata Hikmah

Aku teliti semua sahabat,dan tidakku temui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Akufikirkan tentang pakaian,tapi tidakku temui pakaian yang lebih baik dari daripada takwa.Aku renung semua jenis amal baik,namun tidak ada yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik.aku cari segala bentuk rezki,tapi tidakku temukan rezki yang lebih baik daripada sabar..
(Khalifah Umar)